Sunday, December 26, 2010

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

DIRINGKASKAN DARI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa paling besar yang berlaku pada diri Baginda SAW dan Jibril ketika baginda di Israk kan oleh Allah dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa untuk menerima ibadat solat fardu.Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha,Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

   Sebaik menerima perintah itu,tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi.Pada ketika ltu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu.Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW,Nabi Musa berkata : "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringatan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu wahai Muhammad."

   Rasulullah SAW dan Jibril kembali berulang alik menemui Allah SWT,sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak mammpu melaksanakan ibadat solatllima waktu  itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SWT keraba Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah SWT.

   Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu sahaja,namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajknya ke langit.

   Semoga kita dapat bermuhasabah diri,merenung,menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini...

Tuesday, December 14, 2010

KENAPA AKU???...

Soalan soalan anda yang TELAH DIJAWAB oleh ALLAH dalam al-Quran

KENAPA AKU SERING DIUJI?

Firman ALLAH yang bermaksud;Apakah manusia iu mengira bahawa ,mereka dibiarkan saja mengatakan :"Kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka Allah mahu mengetahui orang yang benar dan sesumgguhnya Diamengetahui yang siapakah orang dusta."

                                                                   (surah al-Ankabut : 2-3)

KENAPAKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?

Firman Allah yang bermaksud;"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadipula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amt buuk bagimu,Sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

                                                                    (surah al-Baqarah : 216)

KENAPA AKU DIUJI DENGAN UJIAN SEBERAT INI?

Firman Allah yang bermaksud;"Allah tidak membebanni seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

                                                                      (surah al-Baqarah : 286)

BAGAIMANA NAK KU HADAPI UJIAN INI?

Firman Allah yang bermaksud;"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesumgguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

                                                                       (surah al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Firaman Allah yang bermaksud;"Sesumgguhnya Allah telah membeli  dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untukmereka.Mereka berperang pada jalan Allah,lalu mereka membunuh atau terbunuh.Itu telah menjadi  janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injjil, Al-Quran.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Aallah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemengan yang besar."

                                                                       (surah at-Taubah : 111)