Sunday, December 26, 2010

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

DIRINGKASKAN DARI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ

Peristiwa paling besar yang berlaku pada diri Baginda SAW dan Jibril ketika baginda di Israk kan oleh Allah dari Kota Mekah ke Masjidil Aqsa untuk menerima ibadat solat fardu.Sewaktu tiba di Sidratul Muntaha,Rasulullah SAW menerima perintah melakukan ibadat solat untuk seluruh umatnya iaitu sebanyak 50 waktu sehari semalam.

   Sebaik menerima perintah itu,tanpa banyak bicara Rasulullah SAW dan Jibril bersiap untuk turun ke bumi.Pada ketika ltu, Baginda SAW bertemu Nabi Musa yang bertanyakan hal itu.Selepas mendengar penjelasan Rasulullah SAW,Nabi Musa berkata : "Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah sedikit keringatan kerana bilangan itu tidak akan terdaya dilakukan oleh umatmu wahai Muhammad."

   Rasulullah SAW dan Jibril kembali berulang alik menemui Allah SWT,sehinggalah Allah mengurangkannya kepada 10 dan akhirnya menjadi 5 waktu sahaja.Nabi Musa masih merasakan umat Muhammad tidak mammpu melaksanakan ibadat solatllima waktu  itu tetapi Rasulullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SWT keraba Baginda berasa malu untuk berdepan dengan Allah SWT.

   Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi lima waktu sahaja,namun ganjaran pahala mengerjakannya tetap menyamai ibadat solat 50 waktu.Banyak lagi peristiwa yang diperlihatkan Allah kepada Rasulullah SAW sepanjang peristiwa mikrajknya ke langit.

   Semoga kita dapat bermuhasabah diri,merenung,menghayati dengan sebaiknya dan mengambil iktibar daripada peristiwa ini...

No comments:

Post a Comment